Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

SEGAMAT – Seramai 50,000 graduan disasarkan menerusi Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian ke universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  melancarkan Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia semalam berkata program terbabit bertemakan Selangkah ke Menara Gading.

“Program ini yang menghimpunkan sehingga 37 Universiti Awam dan Institut Pengajian TVET tersebut membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian.

“Sejak 2016, seramai lebih 160,374 pelajar telah berjaya dibantu melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi,” katanya selepas melancarkan Program Pendidikan Keluarga Malaysia di Segamat, Johor.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia merupakan kesinambungan Jelajah Pendidikan Bumiputera yang telah dilaksana pada 2016 sehingga 2018.

Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) merupakan kesinambungan dari Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang telah dianjurkan.

Program yang berbentuk pameran pendidikan ini, melibatkan penyertaan seluruh Universiti Awam (UA) dan Institusi Kemahiran Tinggi dalam negara berlangsung selama dua bulan bermula pada 6 Mac 2022 sehingga 30 April 2022. – MalaysiaGazette