Calon Barisan Nasional (BN) N.18 Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan (tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat bagi meraih undi ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pekan Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 07 MAC 2022.
Calon Barisan Nasional (BN) N.18 Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan (tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat bagi meraih undi ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pekan Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 07 MAC 2022.

PARIT SULONG – Penyandang kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan yakin para pengundi dalam kalangan Orang Asli masih menyokong Barisan Nasional (BN).

Biar pun begitu, jenteranya tidak pernah alpa untuk terus mendekati mereka terutamanya golongan anak muda.

“Kalau ikut trend sebelum ini mereka adalah fix deposit (deposit teap) kepada kita dan kita tidak boleh ambil mudah apa yang trend dahulu, kita lihat hari ini kaum Orang Asli mereka sudah terdedah kepada dunia luar.

“Mereka juga ada anak-anak yang berpendidikan tinggi jadi kita melihat mereka perlu didampingi dengan cara yang sama dengan orang-orang biasa,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui selepas siri kempen di Pekan Sri Medan hari ini.

Zulkurnain mengakui golongan Orang Asli perlu didekati agar mereka tak terpengaruh dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau yang memegang kerusi ini selama dua penggal juga yakin masyarakat Orang Asli yang sering didampinginya selama ini masih kukuh di belakang BN.

“Saya sepanjang wakil rakyat saya beri penumpuan yang lebih kepada mereka dan mereka akan beri pertimbangan yang baik,” katanya lagi.

Calon Barisan Nasional (BN) N.18 Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan bercakap kepada media selepas sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pekan Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 07 MAC 2022.
Calon Barisan Nasional (BN) N.18 Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan bercakap kepada media selepas sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pekan Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 07 MAC 2022.

Dalam pada itu, Zulkurnain berkata, pihaknya mendapati peluang untuk kekal di DUN Sri Medan amat cerah kerana persaingan sesama sendiri antara pihak pembangkang.

Bagaimanapun beliau berkata, jenteranya kini menumpukan kepada golongan pengundi pertama kali dan undi 18 tahun yang akan turun mengundi pada pilihan raya kali ini.

“Peringkat awal nampak ada laluan cerah tapi dengan tempoh dua minggu kempen ada persaingai jadi kita anggap normal dalam mana-mana PRN atau PRN, sehingga saat akhir saya perlu gandakan usaha saya dan berjumpa dengan seberap ramai pengundi.

“Saya lihat pengundi Sri Medan matang dan anak-anak muda telah terdedah dalam politik daripada umur 18 tahun dan mereka boleh menilai mana yang baik,” katanya lagi.

DUN Sri Medan menyaksikan lima penjuru antara BN dan calon PKR, Azmi Masrani; calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mohd Firdaus Abdul Malek serta calon Perikatan Nasional (PN), Halim Othman Kepol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast