Seorang wanita mencium bayinya setelah berjaya melarikan diri dari Ukraine ke Romania, (Foto: REUTERS/Clodagh Kilcoyne)

PRZEMYSL – Lebih 1.7 juta rakyat Ukraine melarikan diri menyeberang ke Eropah Tengah selepas negara mereka dicerobohi Rusia, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Poland sahaja telah menerima lebih satu juta pelarian Ukraine sejak konflik bermula pada 24 Februari lalu.

“Ini adalah tragedi manusia, sejuta orang dihalau dari rumah mereka akibat perang,” kata perkhidmatan pengawal sempadan Poland menerusi ciapannya hari ini.

Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell berkata, pihaknya menjangka kira-kira lima juta pelarian Ukraine akan melarikan diri jika pencerobohan Rusia berterusan.

Dalam pada itu, kerajaan Poland telah meluluskan draf Rang undang-undang untuk mewujudkan dana lapan bilion zloty (AS$1.75 bilion) untuk membantu pelarian dari Ukraine.

Manakala, rakyat Czech kini telah menderma 1.5 biliona (AS$62.8 juta) setakat ini bagi membantu Ukraine dan ini adalah jumlah terbesar pernah dikutip untuk bantuan kemanusiaan di negara itu, lapor Czech TV. -REUTERS-(https://www.reuters.com/world/more-than-17-million-ukrainians-have-fled-un-says-tide-refugees-grows-2022-03-07/)