Sumber gambar: https://japantoday.com/category/world/s.-korea-chooses-new-president-with-inequality-key-concern1

SEOUL – Rakyat Korea Selatan hari ini mengundi untuk memilih presiden baharu yang menyaksikan persaingan sengit antara calon parti pemerintah Lee Jae Myung dan pencabarnya Yoon Suk Yeol dari parti pembangkang.

Selepas dua jam pusat pengundian dibuka pada 6 pagi, pegawai pilihan raya melaporkan purata keluar mengundi adalah lima peratus, rendah sedikit berbanding 5.6 peratus pada pilihan raya 2017, lapor Yonhap.

Lebih 16 juta atau 36.93 peratus daripada sejumlah 44 juta pengundi berdaftar sudah mengundi pada pengundian awal pada Jumaat dan Sabtu.

Pilihan raya itu diadakan ketika Korea Selatan menyaksikan peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Lee, 57, bekas gabenor wilayah Gyeonggi, menggunakan pengalamannya dalam pentadbiran awam untuk berkempen dengan slogan presiden cekap dan pragmatik yang akan menyelesaikan isu ekonomi serta hubungan luar.

Sementara Yoon, 61, bekas ketua pendakwa raya, dengan slogan “adil, waras, prinsip dan kedaulatan undang-undang’.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast