Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto FAREEZ FADZIL.

PONTIAN – Rakyat Johor menyambut baik cadangan Barisan Nasional untuk membina atau menstuktur semula Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang baharu supaya perkhidmatan hospital utama lebih maju seiring dengan keperluan.

HSA itu telah dibina sejak 1938 dan banyak isu perlu diatasi termasuk isu kekurangan parkir kerana jumlah pelawat bertambah dari hari ke hari.

Setiausaha Koperasi Anak Merdeka Johor Berhad, Musrifah Masri berkata, pembinaan hospital baharu itu kelak sudah pasti dapat mengurangkan kesesakan pesakit yang berlaku di hospital ini sejak sekian lama.

Setiausaha Koperasi Anak Merdeka Johor Berhad, Musrifah Masri. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.

”Memang bagus cadangan ini sebab rakyat memang memerlukan kemudahan hospital yang lebih baik.

”Kalau kita lihat memang keadaan sangat sesak kenderaan di tepi-tepi jalan dan pembinaan HSA2 memang kena pada masanya.

Sementara itu, Noor Hidayah Mat Isrin, seorang usahawan juga berpandangan kemudahan hospital HSA selayaknya ditambah baik.

Noor Hidayah Mat Isrin. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.

Pembinaan HSA2 harus disegerakan apatah lagi ketika negara ini masih berdepan dengan Covid-19.

Bagi Noraizam Sukiman, seorang kakitangan kerajaan pula menambah, langkah kerajaan membina HSA baharu dilihat memberi kesan baik kepada seluruh warga Johor.

Bagaimanapun beliau mengharapkan, tempat letak kereta yang lebih sistematik perlu diberi penekanan.

Noraizam Sukiman. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.

”Saya amat setuju bagi pembinaan HSA yang kedua demi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johorlah dengan keadaan lebih baik daripada sekarang.

”Sekiranya ia berlaku, saya berharap hospital akan menyediakan tempat parkir yang lebih tersusun,” ujarnya.

Dalam pelancaran Ikhtiar BN Johor baru-baru ini, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad komponen itu menyokong usaha Kerajaan Persekutuan menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan meneruskan usaha membina HSA 2 menerusi RMK-12 di tapak yang telah dikenal pasti. – MalaysiaGazette