Saturday, April 27, 2024
Home PRN Johor Buka sempadan: Anwar mungkin tak faham apa dia cakap – KJ

Buka sempadan: Anwar mungkin tak faham apa dia cakap – KJ

The Rembau Deputy UMNO Division Chief, Khairy Jamaluddin Abu Bakar speaking to the media representatives during his walkabout session at FELCRA Bukit Kepong, Labis, Johor in conjunction with the Johor state election. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 MARCH 2022. open Johor Singapore borders voters
The Rembau Deputy UMNO Division Chief, Khairy Jamaluddin Abu Bakar speaking to the media representatives during his walkabout session at FELCRA Bukit Kepong, Labis, Johor in conjunction with the Johor state election. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 MARCH 2022. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap kepada media selepas sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di FELCRA Bukit Kepong, Labis, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.

TPAGOH – Dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak membenarkan pengundi-pengundi Johor di Singapura balik mengundi pada pilihan raya negeri ini tidak benar sama sekali.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana keputusan untuk membuka pintu sempadan di negeri ini memerlukan kerjasama daripada negara Singapura.

”Ada kenyataan yang dibuat semalam daripada pembangkang yang kata mengapa tidak boleh buka sempadan awal.

“Pembukaan sempadan darat dengan Singapura mesti dapat persetujuan bersama antara kedua-dua negara. Kalau kita buka sempadan sendiri tak guna kerana Singapura pun kena buka juga.

“Buat masa sekarang, mereka belum sedia untuk buka sempadan darat,” katanya kepada media mengadakan sesi walkabout bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Ismail Mohamad di FELCRA Bukit Kepong, hari ini.

Khairy berkata demikian menjawab tuduhan pembangkang yang mempersoalkan keputusan kerajaan yang hanya membuka pintu sempadan negara bermula 1 April, berbanding sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Tegasnya, segala keputusan untuk membuka pintu sempadan memerlukan kata putus daripada Putrajaya dan Singapura bukan sebelah pihak sahaja.

“Malah pada 1 April ini saya masih berunding dengan pihak Singapura, jadi jangan buat tuduhan seolah-olah kita tak buka sempadan sebab PRN Johor.

“Yang buat tuduhan tersebut mungkin tidak faham apa yang dia cakap. Sebab keputusan untuk buka sempadan antara Singapura dan Malaysia mesti dibuat bersama,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya membuka pintu sempadan negara pada 1 April 2022 berbanding sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Dakwa Presiden PKR itu, langkah itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak yakin dengan pengaruh pengundi luar untuk memilih Barisan Nasional (BN). . – MalaysiaGazette