Radzi Md Jidin

KUALA LUMPUR – Tarikh semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 ditetapkan pada 15 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tawaran kemasukan ke sekolah khusus itu melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bawah Kementerian Pertahanan.

“Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Satu manakala https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun 1 SVM.

“Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac hingga 25 Mac ini, manakala pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

Sementara itu, beliau berkat,a pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM kelak.

“Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV pula pada 7 April manakala pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast