PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi sepertimana yang tular pada ketika ini.

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi sepertimana yang tular pada ketika ini.

Pada masa yang sama, PLUS amat memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit.

Selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial. – MalaysiaGazette