KUALA LUMPUR – Resintech Berhad (Resintech), penyedia berintegrasi penuh bagi produk polietilena dan polivinil klorida tanpa plastik (uPVC), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menguasai 30 peratus kepentingan saham di dalam Bionutricia Holding Sdn. Bhd. (Bionutricia) yang bernilai RM8.7 juta.

Bionutricia adalah firma bioteknologi yang ditubuhkan pada 2006 yang mengkhusus kepada pengeluaran dan pengkomersialan ekstrak berasaskan tumbuhan dan buah-buahan dan fraksi aktif bagi herba tempatan melalui proses nano bioteknologi termaju.

Produk Bionutricia termasuklah ekstrak tumbuhan herba dan berasaskan buah-buahan propietari yang standard, makanan tambahan, bahan-bahan masak, bahan-bahan nutraseutikal, produk penjagaan kesihatan dan bahan makanan fungsian. Kemudahannya telah disahkan GMP, HACCP, Halal JAKIM dan kosher.

Resintech dalam kenyataannya berkata, syarikat mendapatkan pegangan daripada pemegang saham utama, Ng Kuak Ping dan Kong Siew Mee, yang masing-masing adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Pengurus Besar Bionutricia.

“Peningkatan kesedaran dan pendidikan terhadap keselamatan makanan sejak kebelakangan ini bermakna orang ramai lebih berhati-hati ke atas pemprosesan makanan dan minuman yang mereka ambil.

”Proses pengekstrakan bioteknologi hijau Bionutricia adalah sesuai untuk warna dan rasa dalam makanan dan minuman kerana bahan semulajadi yang digunakan.” kata Pengarah Urusan Resintech, Datuk Dr. Teh Kim Poo di sini hari ini.

Beliau menambah, pembabitan pihaknya ke bidang bioteknologi melalui perolehan pegangan sebanyak 30 peratus dalam Bionutricia adalah pengkitirafan kepada peluang pertumbuhan berikutan peningkatan kesedaran pengguna dalam keselamatan makanan.

Pihaknya menjangka permintaan bagi pewarna dan perasa makanan yang lebih selamat dan semulajadi akan terus meningkat ekoran daripada pengguna yang menitikberatkan tentang keselamatan kesihatan dan makanan.

Sementara itu Kuak Ping berkata pihaknya tidak sabar dan teruja untuk bekerjasama dengan Resintech yang menguntungkan kedua-dua pihak yang memberi peluang pertumbuhan bagi produk dan penyelesaian dalam industri makanan dan minuman.

Resintech mencatatkan pendapatan sebanyak RM61.6 juta untuk sembilan bulan berakhir 31 Disember 2021, iaitu peningkatan sebanyak 13.2 peratus berbanding RM54.4 juta dalam tempoh sama.

Syarikat ini juga mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.0 juta bagi sembilan bulan berakhir 31 Disember lalu, penurunan sebanyak 7.4 peratus berbanding RM5.4 juta.

Manakala terdapat penurunan 15.8 peratus bagi keuntungan selepas cukai sebanyak RM3.2 juta berbanding RM3.8 juta dalam tempoh yang sama sebelum itu yang sebab utamanya adalah sekatan pergerakan dan gangguan kepada operasi perniagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast