Dua lorong di Jalan Tun Razak di hadapan Kedutaan Indonesia ditutup susulan kejadian jalan mendap.

KUALA LUMPUR – Polis menutup dua lorong kiri dan tengah jalan di hadapan pintu utama kedutaan Indonesia, Jalan Tun Razak di sini susulan kejadian mendapan pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mendapan itu dikesan sedalam satu hingga lima sentimeter pada jam 9 pagi tadi.

“Hanya satu lorong paling kanan sahaja dibuka bagi laluan kenderaan. Kerja siasatan dan pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pengurusan Air Selangor sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin turut menasihatkan kepada pengguna jalan raya untuk mengikuti arahan anggota polis Trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03 – 2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03 – 20260267/69 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran,” ujarnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast