Britain akan membayar kepada orang ramai yang memberikan rumah mereka sebagai tempat penginapan kepada rakyat Ukraine yang melarikan diri daripada pencerobohan Rusia.-Gambar hiasan.

LONDON – Britain akan membayar kepada orang ramai yang memberikan rumah mereka sebagai tempat penginapan kepada rakyat Ukraine yang melarikan diri daripada pencerobohan Rusia.

Skim baharu yang dipanggil “Rumah Untuk Ukraine” akan membenarkan pelarian dari negara itu ke Britain walaupun mereka tidak mempunyai hubungan keluarga, kata kerajaannya.

Malah Britain akan membayar orang £350 paun (AS$456) sebulan jika mereka boleh menawarkan pelarian, bilik ganti atau harta untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Di bawah skim baharu itu, orang ramai, badan amal, perniagaan dan kumpulan masyarakat boleh menawarkan penginapan melalui laman web pada akhir minggu depan.

“United Kingdom akan sentiasa menolong Ukraine pada masa gelap ini, dan orang ramai British memahami keperluan untuk membawa seberapa ramai orang berselamat secepat yang kita boleh,” kata Menteri Perumahan, Michael Glove dalam satu kenyataan.

“Saya menggesa orang ramai di seluruh negara untuk menyertai usaha nasional dan menawarkan sokongan kepada rakan Ukraine kita. Bersama-sama kita boleh memberikan rumah selamat kepada mereka yang sangat memerlukannya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, jumlah pelarian yang melarikan diri dari Ukraine boleh meningkat kepada lebih empat juta, dua kali ganda daripada anggaran semasa kira-kira dua juta, kata Agensi Pelarian PBB minggu lalu.- REUTERS (https://www.reuters.com/world/uk/brits-get-350-pounds-month-open-homes-ukraine-refugees-2022-03-13/)