Abdul Hadi Awang. PAS PH Pakatan Harapan Perikatan Nasional cooperation PASLeak Pas Leak
Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Pas menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati lapang, kata Presidennya Tan Sri Abd Hadi Awang.

Menurutnya, parti itu akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi yang ditandingi.

Pas hanya menangi satu kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam PRN Johor.

Calonnya, Abdul Aziz Talib memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam persaingan sengit enam penjuru bagi kerusi tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Abdul Hadi turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon Perikatan Nasional, khususnya yang dikemukakan oleh Pas.

Sokongan yang diberikan amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan, demi kemaslatan negeri dan negara, ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast