Sebuah video dikatakan menunjukkan peluru berpandu mengenai kawasan Irbil berhampiran konsulat AS. foto Twitter

BAGHDAD – Beberapa peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran telah melanda bandar Irbil di utara Iraq.

Peluru berpandu itu merosakkan bangunan berhampiran kompleks konsulat Amerika Syarikat (AS) tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata pegawai dalam Kerajaan Wilayah Kurdistan.

AS berkata, tiada kemudahannya terkena dalam “serangan keterlaluan” itu.

Setakat ini belum ada pengesahan mengenai pelancaran dari Iran, tetapi media negara Iran memetik sumber sebagai berkata, “pangkalan rahsia Israel” menjadi sasaran.

Bedilan itu berlaku enam hari selepas dua pegawai kanan dalam Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terbunuh dalam serangan udara yang disyaki Israel berhampiran ibu kota Syria Damsyik.

IRGC telah berikrar untuk memastikan Israel “menanggung jenayah ini”.

Perdana Menteri Iraq Mustafa Kadhimi menyertai AS mengutuk serangan yang berlaku ini.

“Pencerobohan mensasarkan bandar Irbil dan mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduknya adalah serangan terhadap keselamatan rakyat kita.

“Pasukan keselamatan kami akan menyiasat dan berdiri teguh menentang sebarang ancaman terhadap rakyat,” kata Mustafa menerusi Twitter. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-middle-east-60725959)