Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menitipkan pesanan supaya Pas kembali kepada jalan yang betul dan memperbaiki diri.

Jika tidak, katanya, parti itu akan kena lipat kali dua lebih teruk.

”Pesanan budiman, mesti islah dan tambah baik diri. Kalau tak, akan kena lipat kali kedua lebih teruk,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sambil mengucapkan tahniah kepada UMNO, Ahli Jawatankuasa Pusat Pas itu turut mengucapkan tahniah kepada semua parti yang kalah kerana bersikap positif.

”Tak ada ucapan dan rakaman takziah lagi. Takut sedih memanjang pula,” katanya.

Nik Abduh juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada rakyat Johor atas keputusan Pilihan Raya Negeri Johor dan mengharapkan pentadbiran kerajaan stabil dan sejahtera. – MalaysiaGazette