Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO kecewa dengan dengan jawapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini mengenai tuntutan rakyat berkenaan pengeluaran i-Citra Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM10, 000 buat kali terakhir.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Tengku Zafrul masih mengulangi hujah yang sama untuk menafikan pengeluaran KWSP.

“Bagaikan sudah mati rasa dan tidak mahu memahami kesulitan, kesusahan dan keperitan rakyat yang mahu memulakan kehidupan pasca pandemik ketika ini.

“Saya tidak merasakan semua 6.3 juta rakyat akan mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga memberikan implikasi RM63 bilion. Jika dilihat trend pengeluaran i-Citra pun hanya RM21 bilion. Takkan lah pengeluaran kali terakhir sampai RM63 bilion?” soalnya di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi menjangkakan jika kerajaan membenarkan i-Citra Plus buat kali terakhir, berkemungkinan hanya sekitar RM20 bilion sahaja atau lebih rendah berbanding i-Citra terdahulu.

Ia bermakna hanya dua peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP yang berjumlah RM1 trilion.

“Jadi kenapa susah sangat nak memenuhi tuntutan rakyat yang amat memerlukan ketika ini?” soalnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KWSP boleh agih 6.7% dividen jika tiada pengeluaran khas – Tengku Zafrul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast