Rokok yang tidak dibayar cukai dijumpai di dalam lori. Foto- Kastam Singapura

SINGAPURA-  Kastam Singapura merampas lebih 1,000 karton rokok yang tidak dibayar duti pada operasi yang dilakukan berhampiran Tuas South Walk pada Sabtu lalu.

Seorang warganegara Malaysia yang berusia 29 tahun telah ditahan, kata Kastam Singapura, hari ini.

Para pegawai mendapati dua kenderaan, sebuah trak dengan treler yang didaftar di Malaysia dan sebuah trak yang didaftar di Singapura, diletakkan di tepi jalan.

Para pegawai melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut dan menemui 1,020 karton rokok yang tidak dibayar duti.

“Hasil siasatan mendapati rokok yang tidak dibayar duti dalam trak dibawa keluar dari ruang yang telah diubah suai di lantai treler,” kata Kastam Singapura.

“Jumlah duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dielak masing-masing bernilai kira-kira S$87,100 dan S$6,930,” katanya.

Prosiding mahkamah terhadap lelaki berkenaan sedang berjalan.

“Membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki atau melakukan urus niaga dengan barangan yang tidak dibayar duti adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST,” kata Kastam singapura.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga 40 kali daripada jumlah duti dan GST yang dielakkan itu, dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-dua sekali.

Kenderaan yang digunakan untuk kesalahan tersebut boleh dilucut hak. – CNA News

(https://www.channelnewsasia.com/singapore/duty-unpaid-cigarettes-tuas-singapore-customs-2564671)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast