Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau calon baharu Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

“Saya tidak berminat untuk terlibat dalam mana-mana persatuan bola sepak biar pun pernah menjadi Presiden PAFA (Perak).

“Saya juga pernah terlibat menjulangkan nama pasukan bolasepak ATM & PDRM sewaktu menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri ketika itu.

“Justeru, saya menafikan laporan media tertentu saya adalah calon baharu Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang memenangi Piala Malaysia tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Ahmad Zahid merujuk kepada satu laporan portal baru-baru ini yang mendakwa beliau akan menjadi presiden baharu KLFA bagi menggantikan Khalid Samad.

Ahmad Zahid memberitahu, tumpuannya pada masa ini adalah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sebaik mungkin.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast