Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said disahkan positif Covid-19.

Menurutnya beliau disahkan dijangkiti virus tersebut selepas melakukan ujian PCR yang diterimanya sebentar tadi.

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya.” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial.

Azalina berada di dalam Dewan Rakyat pagi tadi dan telah membuat pertanyaan berkaitan kematian dalam tahanan imigresen dalam tempog lima tahun yang lalu.

Soalan beliau dijawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.-MalaysiaGazette