Datuk Onn Hafiz Ghazi having an audience with the Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. PIX: Royal Press Office (RPO) Johor Excos Exco members declare assets
Datuk Onn Hafiz Ghazi having an audience with the Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. PIX: Royal Press Office (RPO). Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengadakan pertemuan dengan Onn Hafiz Ghazi semalam. foto RPO

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya calon-calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di Johor Bahru semalam. Pertemuan itu berlangsung selama hampir jam.

”Mereka (bakal calon Exco) perlu juga melalui semakan latar belakang yang menyeluruh dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

”Jika ada yang tidak terpilih menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri jangan kecil hati. Semua boleh memberi perkhidmatan yang sebaiknya,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda turut bertitah supaya kelayakan akademik setiap calon-calon juga disemak kesahihannya dengan teliti.

”Pilihan raya sudah pun habis. Kini tiba masanya untuk semua wakil rakyat merapatkan barisan dan bekerja bersama-sama dalam memakmurkan Johor.

”Saya pegang kata-kata Dato Hasni, tiada ideologi ahli politik dan parti yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim,” titah Sultan Ibrahim yang sentiasa mengutamakan nasib rakyat dan begitu juga wakil rakyat yang dipilih perlu melaksanakan tanggungjawab dengan berkhidmat kepada rakyat.

Tegas baginda, mana-mana Exco yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka kelak, maka menteri besar perlu segera menggantikan Exco berkenaan.

”Begitu juga nasihat saya kepada Menteri Besar supaya menumpu pada tugas dan tanggungjawab kepada negeri dan rakyat. Jangan termakan budi.

”Di peringkat awal ini, Datuk Onn juga perlu bekerjasama dengan Dato’ Hasni dalam mendapatkan pandangan atau nasihat,” titah baginda. – MalaysiaGazette