Vladimir Putin. foto Reuters

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melabelkan Vladimir Putin sebagai “penjenayah perang”.

Kenyataan spontan Biden itu dibuat ketika menjawab soalan wartawan di White House.

Seorang wartawan bertanya: ”Tuan Presiden, selepas apa yang kita lihat, adakah anda bersedia untuk memanggil Putin sebagai penjenayah perang?”.

Presiden menjawab “tidak” sebelum diasak dan kemudian menukar jawapannya: “Adakah anda bertanya kepada saya sama ada saya akan memberitahu ….? Oh, saya fikir dia seorang penjenayah perang.”

Ia merupakan kali pertama Biden mengeluarkan ungkapan sedemikian bagi mengutuk Presiden Putin.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki kemudiannya berkata, presiden telah bercakap daripada hatinya selepas melihat kebiadapan keganasan di Ukraine.

Namun, kenyataan itu bukannya membuat sebarang pengisytiharan rasmi.

Ini kerana, terdapat proses undang-undang yang berasingan, dijalankan oleh Jabatan Negara, untuk menentukan jenayah perang – dan itu sedang berjalan secara berasingan.

Kremlin bagaimanapun berkata, ia adalah “retorik yang tidak boleh dimaafkan”.

”Kami percaya retorik seperti itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan di pihak ketua negara, yang bomnya telah membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia,” kata jurucakap Dmitry Peskov kepada agensi berita Rusia Tass. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-us-canada-60773626)