MGNews : Bubar Parlimen, Kita Nak Pecut Kereta Ke Garisan Penamat – Zahida

Pergerakan Puteri UMNO mahu kerajaan mengambil langkah segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan menyahut seruan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi ucapan perasmian sayap malam tadi bahawa tiada lagi alasan untuk melengahkan PRU-15.