Dua anggota polis mengepung bas yang dikenaiki suspek untuk melakukan tembakan hingga menyebabkan dua mangsa maut. foto AP

MIAMI – Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua orang dan mencederakan dua yang lain di dalam bas awam berhampiran ibu polis bandar ini.

Pemandu bas itu bertindak pantas dengan memandu terus ke ibu pejabat polis.

Namun pemandu bas berkenaan terpaksa merempuh sebuah kereta menghalang laluan sebelum memandu di lorong jalan bertentangan.

Sebaik sahaja bas itu berhenti di tempat letak kereta di balai polis, seorang suspek menyerah diri ketika paramedik membantu mangsa.

Dua orang yang cedera telah dibawa ke hospital selepas tembakan, kata polis di Twitter.

Seorang mangsa dalam keadaan kritikal dan seorang lagi stabil, kata jurucakap Pusat Perubatan Kesihatan Broward di Fort Lauderdale.

Tidak jelas apa yang mendorong tembakan itu.

Sebaik bas tiba di bangunan polis, seorang pegawai yang berada di luar terdengar bunyi tembakan datang dari bas sebelum lelaki bersenjata itu keluar dan menyerah diri, kata polis.

Dalam pada itu, tiga orang cedera ringan ketika bas itu meluru ke arah ibu pejabat polis dan dirawat di tempat kejadian. – NYT (https://www.nytimes.com/2022/03/17/us/fort-lauderdale-bus-shooting.html)