Foto: Twitter

KUANTAN – Bandar Bentong dilanda banjir kilat malam ini manakala beberapa buah kampung turut dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, paras air Sungai Benus telah melimpah melepasi jalan manakala kawasan Kampung Kemasur turut dinaiki air.

“Pemantauan pasukan bertugas diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan sekiranya ada mangsa yang memerlukan bantuan dibantu secepat mungkin,” katanya dalam laman Facebook jabatan itu, hari ini.

Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Katanya, di Kampung Kemansur, pasukan bomba dari Balai Bomba Bentong telah menyelamatkan lima lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan seorang kanak-kanak dengan menggunakan jentera ketika melakukan rondaan.

Penduduk berdekatan dinasihatkan sentiasa peka dengan keadaan semasa dan laporkan sebarang kecemasan kepada pihak berwajib untuk mendapatkan bantuan, ujarnya. – MalaysiaGazette