Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Bilangan warga emas yang dijangkitan Covdi-19 dan meninggal dunia akibat virus tersebut semakin meningkat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kemasukan kes ke hospital dan kadar kematian dalam kalangan warga emas adalah lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain.

Tambah beliau, data jelas menunjukkan warga emas yang tidak divaskin atau tiada dos penggalak amat berisiko tinggi meninggal dunia akibat Covid-19.

“Sejak Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022, kadar kemasukan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga emas telah meningkat daripada 1.0 per 100,000 populasi kepada 9.0 per 100,000 populasi pada ME 10/2022.

“Seperti yang diketahui umum, terdapat di kalangan kes Covid-19 yang akan merosot, memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) atau mati.

“Justeru itu, kenaikan kadar kemasukan pesakit Covid-19 di kalangan warga emas ke hospital ini amat membimbangkan,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, dari ME 39/2021 (26 September 2021 – 2 Oktober 2022) hingga ME 9/2022 (27 Februari 2022 – 5 Mac 2022) kadar kematian dalam berumur 60  ke atas lebih tinggi berbanding kumpulan umur kurang daripada 60 tahun.

Sehingga 16 Mac lalu sebanyak 3,356,253 (92 peratus) warga emas telah menerima dos primer vaksin Covid-19 yang lengkap.

Sejak dos penggalak diperkenalkan pada 16 Oktober tahun lalu sebanyak 2,489,718 (74.2 peratus) warga emas telah mengambil dos penggalak vaksin Covid-19.

“Namun begitu liputan dos penggalak perlu dan boleh dipertingkatkan lagi daripada 74.2 peratus agar golongan warga emas lebih terlindung daripada bahaya komplikasi dan kematian akibat jangkitan Covid-19,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu Dr. Noor Hisham berkata, 27,004 kes baharu dikesan semalam dengan 64 kes kategori 5, 72 kes kategori 4 dan 63 kes kategori 3.

Sebanyak 373 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 225 kes memerlukan bantuan pernafasan.- MalaysiaGazette