Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO yakin dan percaya cabaran dialami parti mampu mengembalikan kegemilangannya.

Setiausaha UMNO Bahagian Bachok, Mohd Zain Daud berkata, sebagai salah seorang ahli, beliau melihat parti mampu bangkit meskipun telah berhadapan dengan kekalahan pada pilihan raya yang lalu.

Kejatuhan UMNO sebelum ini menjadikan parti menjadi lebih kuat dan bersatu-padu.

Temubual bersama Setiausaha UMNO Bahagian Bachok, Mohd Zain Daud pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MAC 2022.

“Saya sebagai ahli UMNO, memang yakin dan percaya dengan kata-kata presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) bahawa kita mampu menerajui negara ke arah yang lebih baik, kita belajar daripada apa yang kita alami kita mampu bangkit kembali,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Tambah Mohd Zaid, UMNO masih mampu menjadi sebuah kerajaan yang mantap kerana kesepaduan di antara ahli akar umbi sehingga barisan pimpinannya.

“Kerajaan tidak mahu hadir tanpa sokongan daripada rakyat, kita mahu kerajaan yang mantap,” kata beliau lagi.

Sementara itu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching pula menyifatkan, kerjasama dalam kalangan ahli dan pemimpin membuktikan parti berkenaan masih mampu menerajui negara sekiranya diberikan peluang kedua oleh rakyat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MAC 2022.

Justeru beliau menganggap ucapan dasar Presiden UMNO hari ini yang mengutamakan keyakinan dalam kalangan ahli dan mengelakkan perpecahan sebagai salah faktor penting demi memastikan kelangsungan parti.

“Akar umbi sangat menerima apa yang disarankan oleh Presiden, sudah semestinya akar umbi mengikuti apa yang ditetapkan kepimpinan atasan.

“Ada kebenaran apa yang Presiden katakan semasa ucapannya.Yang penting ada kerjasama yang erat dan bersama-sama dengan pemimpin kita,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast