KUALA LUMPUR – Dua perlawanan melibatkan pasukan Liga Premier, Kuching City FC terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan penularan wabak COVID-19 membabitkan 18 pemain dan pegawai skuad dari Sarawak itu.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, dua aksi Kuching City yang ditunda itu adalah melibatkan perlawanan pembukaan menentang Terengganu FC II  di Stadium Negeri, Kuching esok serta Selangor FC 2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 27 Mac ini.

“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai Kuching City FC yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini beberapa perlawanan Liga Super, Liga Premier dan Piala FA terpaksa dibatalkan sejak awal bulan ini apabila pemain dan pegawai pasukan dijangkiti wabak berkenaan. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast