Kesemua pekerja dan pelanggan pusat hiburan di Cheras dikenakan kompaun kerana langgar SOP.

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM146,000 kepada 146 orang pekerja dan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Cheras.

Kesemua mereka melakukan kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dalam serbuan kira-kira jam 11.45 malam itu, polis turut menangkap seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita asing.

Mereka disyaki menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen sah, menggajikan pekerja asing tanpa permit sah, menjual minuman keras tanpa lesen sah serta tiada dokumen perjalanan diri. – MalaysiaGazette