PAS Awang Hashim Idris Ahmad bully reporter journalist FMT Minderjeet Kaur English Bahasa Melayu are you Malaysian bully English holistic Job Carnival Pesta Kerja Dewan Negara Rais Yatim Bahasa Melayu
Awang Hashim

KUALA LUMPUR – Ketika Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Rakyat hari ini mengenai kos sebenar pengambilan pekerja asing, ada ahli Parlimen dari blok pembangkang bangun mempersoalkannya.

Awang ketika itu berkata, kos sebenar pengambilan pekerja asing Indonesia di negara ini adalah sebanyak RM7,800.

“Sebanyak RM6,000 adalah di pihak Malaysia dan RM1,800 adalah di pihak Indonesia.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 telah bersetuju supaya pengambilan pekerja asing warga Bangladesh menerusi 225 agensi pekerjaan Bangladesh yang dipersetujui daripada negara sumber,” jawabnya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas soalan lisan daripada Kasthuri Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan-PH) yang ingin mengetahui secara terperinci kos yang dibayar oleh pemoohn kepada agen pengambilan pekerja domestik Indonesia.

Tidak puas dengan penjelasan itu, Kasthuri mendakwa jumlah itu sangat berbeza dengan apa yang diberikan ejen pengambilan pekerja asing.

Jelasnya jumlah itu didapati meningkat sehingga RM15,000 bagi seorang pekerja asing Indonesia.

“Saya terkejut dengar bahawa kos pengambilan pekerja domestik dari Indonesia adalah dalam RM7,800. Walhal kos sebenar adalah RM15,000 sehingga RM30,000.

“Ini fakta sebab ramai ahli Parlimen di sini kami menunggu untuk mendapat pekerja asing Indonesia untuk menjaga keluarga dan ibu bapa kami di rumah.

“Ini adalah kos sebenar, saya rasa timbalan menteri diberikan maklumat yang salah oleh pegawai atau sesiapa yang menyediakan jawapan lisan ini.

“Saya mohon satu jawapan yang betul, ini salah?” soal Kasthuri.

Justeru itu beliau meminta agar kerajaan memberikan justifikasi mengenai kos sebenar dan kerajaan yang membenarkan harga pasaran ataupun di pihak agen pengambilan pekerja asing.

Menjawab mengenai itu, Awang berkata, memorandum yang telah dipersetujui oleh Malaysia dan negara pembekal pekerja asing itu telah memuktamadkan harga kos itu ditetapkan pada paras RM7,800.

“Kalau ada caj atau bayaran yang melebihi ini boleh buat laporan, tapi berdasarkan memorandum yang telah kita persetujui kos pekerja domestik Indonesia adalah RM7,800.

“Ini kos yang kita persetujui, kalau berlaku boleh buat laporan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette