Foto: Facebook Life in Saudi Arabia

JEDDAH – Penganjur Grand Prix (Arab Saudi) dijangka diteruskan walaupun berlaku serangan yang ke atas kemudahan minyak di Jeddah oleh kumpulan Houthi mengaku bertanggungjawab terhadapnya semalam.

Depoh minyak Aramco milik kerajaan yang terletak kira-kira 10 kilometer ke timur litar terbakar petang semalam.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, mereka dapat mengawal dan memadamkan kebakaran itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Wakil kumpulan Houthi – kini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Yemen yang disokong Arab Saudi – mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan peluru berpandu itu.

Pemandu dangan anggota pasukan Formula satu (F1) telah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali pada Jumaat, dengan sesi latihan kedua dilewatkan, lapor ESPN seperti dipetik agensi berita, UPI.

Domenicali berkata, beliau telah diberi jaminan oleh pihak berkuasa Arab Saudi mengenai keselamatan acara tersebut, lapor The Guardian.

“Kami telah menerima jaminan penuh, untuk negara, keselamatan, tidak kira situasi apa – keselamatan telah dijamin,” kata Domenicali.

“Oleh itu kami berasa yakin dan kami percaya pihak berkuasa tempatan . Sudah tentu kami akan meneruskan acara ini,” kata Domenicali.

Saudi Motorsport Company (SMC) mengesahkan perlumbaan itu akan diteruskan seperti dirancang.

“Kami sedar tentang serangan stesen pengedaran Aramco di Jeddah pada tengahari ini (semalam) dan kekal menghubungi pihak berkuasa Arab Saudi, dan F1 dan (Persekutuan Automobil Antarabangsa) bagi memastikan keselamatan dan langkah keselamatan terus dilakukan bagi menjamin keselamatan semua pengunjung GP Arab Saudi dan pemandu, pasukan dan pemegang taruh,” kata SMC dalam kenyataan. – Agensi

(https://www.upi.com/Top_News/World-News/2022/03/25/saudi-arabia-Saudi-Arabia-oil-attack-grand-prix/7351648241095/)