Bruno Fernandes. Foto Sky Sports.

LONDON – Bintang sensasi Manchester United, Bruno Fernandes, 27, dilaporkan hampir pasti kekal di kelab itu sehingga 2027.

Menurut pakar perpindahan bola sepak Fabrizio Romano, kontrak baharu pemain tengah kelahiran Portugal itu dengan United akan disahkan secara rasmj untuk lanjutan kontrak untuk lima tahun akan datang.

“Bruno dilaporkan telah pun bersetuju tanpa sebarang bantahan dan kini hanya menunggu untuk menyelesaikan kertas kerja dan menandatanganinya.

“Kontrak asal masih berbaki sehingga Jun 2025 namun percaya Bruno akan menjadi aset yang perlukan di United,” tulis Fabrizio di media sosialnya.

Sebelum terdapat laporan mendakwa gaji Fernandes akan meningkat berbanding gaji semasa.

Laporan itu menyebut £180,000 meningkat kepada £250,000 seminggu di mana berkongsi gaji yang sama dengan Anthony Martial. – https://www.mirror.co.uk/sport/football/news/bruno-fernandes-man-utd-contract-26552492