BEIJING – Tanah Besar China menyaksikan sebanyak 1,254 kes jangkitan Covid-19 semalam – menurun daripada 1,335 sehari sebelumnya.
Menurut pihak berkuasa kesihatan nasional di negara berkenaan, antara kes tersebut, 1217 merupakan kes tempatan yang juga turun daripada 1,280 pada hari sebelumnya.
Malah, kebanyakan kes baharu di wilayah timur laut Jilin, yang melaporkan 1,071 jangkitan baharu.
Katanya lagi, di seluruh China, jumlah kes tidak bergejala baharu yang diklasifikasikan secara berasingan daripada kes bergejala meningkat kepada 4,448 daripada 4,430.
Hab kewangan Shanghai menyumbang hampir 60 peratus daripada jangkitan tidak bergejala baharu dengan 2,631 kes dan Jilin, dalam keadaan berkurung melaporkan 1,007 kes dengan tiada gejala baharu.
Setakat semalam, tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kumulatifnya sebanyak 4,638.
Setakat kini tanah besar China melaporkan sebanyak 143,240 kes jangkitan Covid-19. -REUTERS-(https://www.reuters.com/world/china/china-reports-1254-new-covid-cases-march-26-vs-1335-day-earlier-2022-03-27/)
















