Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyiasat susulan video tular memaparkan sedutan seorang lelaki berpakaian seragam pihaknya memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Dalam satu kenyataannya, Prasarana memandang serius dakwaan pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video yang tidak disertakan bila dan tarikh kejadian berlaku.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka tersebut.

“Bagaimanapun, tingkah laku si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana. Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut, ia sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut Prasarana, siasatan dalaman sudah dilancarkan dan pihaknya menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut supaya menghubungi talian 03-7885 2585, atau emel ke [email protected].

Prasarana juga memohon maaf atas kejadian ini dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa depan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast