Home Nasional Sorakan gembira iringi warga Malaysia keluar sempadan Singapura

Sorakan gembira iringi warga Malaysia keluar sempadan Singapura

KUALA LUMPUR – Rindu selepas dua tahun rakyat Malaysia di Singapura untuk merentas sempadan pulang ke tanah air sendiri kini tertebus.

Media sosial dipenuhi posting mereka yang tidak sabar menunggu detik 12 tengah malam sebentar tadi apabila sempadan dibuka di Woodlands Checkpoint di Johor Bahru.

Malah ribuan penunggang motosikal dikatakan sudah bersiap sedia sejak beberapa jam lalu semata-mata menunggu sempadan Singapura-Malaysia dibuka.

Malah difahamkan sebahagian ahli keluarga mereka berkumpul berdekatan Tambak Johor menantikan kepulangan insan tercinta.

Jeritan kegembiraan mereka seolah-olah tidak dapat dibendung selepas pukul 12 tengah malam tadi selepas mengalami kesukaran berbuat demikian gara-gara prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ekoran penularan Covid-19.

Kepada mereka selamat kembali ke tanah air! – MalaysiaGazette