vaksin
Petugas kesihatan menunjukkan dos vaksin yang akan disuntik kepada Muhamad Amsyar Syamsul di IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit dengan sebanyak 17,476 kes direkodkan semalam berbanding 18,560 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes kumulatif berjumlah 3,977,403 setakat ini.

Menurutnya, sebanyak 17,321 kes sembuh dicatatkan dengan 164 kes import merangkumi 159 warga negara dan lima bukan warga negara.

“Kes tempatan mencatatkan 17,312 kes yang mana 16,401 adalah warga negara dan 911 bukan warga negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 263 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 125 kes disahkan Covid-19, 138 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 162 kes dengan 72 kes disahkan Covid-19, 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Sementara itu, beliau berkata, Kuala Lumpur merekodkan penggunaan katil di wad ICU bagi merawat pesakit Covid-19 melebihi 50 peratus.

Dr. Noor Hisham berkata, ia mencatatkan sebanyak 67 peratus.

Katanya, bagi katil bukan ICU, Putrajaya dan Selangor menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu masing-masing 88 peratus dan 64 peratus.

“Bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

“Manakala pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 162 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 18 peratus,” katanya.

Selain itu katanya, sebanyak 897 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 429 kes (47.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 468 kes (52.2 peratus) adalah kategori 1 dan 2. – MalaysiaGazette