Gambar kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah.

SEMPORNA – Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mereka parah, dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan pada 4.30 petang itu, melibatkan kereta jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger yang berada di laluan sama, serta sebuah lori Nissan 20 tan dari arah bertentangan.

“Pemandu Kancil yang dari arah Kampung Lihak menuju ke Kampung Salimbangun, memperlahankan kenderaan ketika tiba di lokasi kejadian, namun tiba-tiba kenderaan Ford Ranger melanggar dari arah belakang mengakibatkan Kancil masuk ke laluan bertentangan, dan bertembung dengan lori Nissan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata kemalangan itu, menyebabkan penumpang kereta kancil yang juga isteri kepada pemandu, 30; anak perempuan, 10 bulan; anak saudara lelaki, 13; maut, manakala pemandu, 30, serta adik perempuan, 27, cedera parah.

“Isteri serta anak pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak saudara disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan Hospital Semporna.

“Pemandu Ford Ranger seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemandu lori berusia 32 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Mohd Farhan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast