Foto: Twitter

BAKU – Seorang terbunuh dan 24 lagi cedera dalam letupan di sebuah premis hiburan di ibu negara Azerbaijan, Baku pada awal pagi ini, menurut Kementerian Kesihatan.

Letupan yang berlaku pada jam 3 pagi itu disebabkan kebakaran di sebuah kelab malam di tengah Baku, kata kementerian tersebut seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Berpuluh-puluh orang yang cedera dibawa ke hospital.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ehsan Zahidov berkata, laporan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran gas.

Menurut kenyataan syarikat gas, Azerigaz, insiden tersebut berlaku berikutan letupan pada sebuah paip. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/world/1-killed-24-injured-in-explosion-at-entertainment-venue-in-azerbaijani-capital/2553686)