Friday, March 29, 2024
Home Sukan Mbappe belum buat keputusan sertai Real Madrid

Mbappe belum buat keputusan sertai Real Madrid

Kylian Mbappe. Kredit Foto: Laman rasmi PSG.

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe menjelaskan belum ada persetujuan untuk membawanya ke Real Madrid selepas aksi cemerlangnya memacu kemenangan 5-1 kelab itu ke atas Lorient semalam.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan dua gol dan membantu tiga lagi gol PSG, dengan Neymar memperoleh dua dan Lionel Messi satu lagi, ketika pasukan Mauricio Pochettino mengekalkan kelebihan 12 mata di puncak Ligue 1.

Masa depan Mbappe kini tidak menentu pada musim depan dengan Madrid mengetuai kelab Eropah untuk mendapatkan mendapatkan khidmat penyerang yang kontraknya tamat pada akhir musim ini.

Mbappe mengulangi selepas kemenangan menentang Lorient bahawa keputusan masih belum diambil, mungkin meningkatkan kemungkinan dia boleh kekal di Paris.

“Saya tidak membuat pilihan dan semua orang tahu bahawa saya tidak membuat pilihan, saya tidak membuat keputusan saya.

“Saya tidak mahu tersilap dan mahu membuat pilihan yang betul walaupun saya tahu bahawa hal ini dibincangkan setiap hari. Jika saya telah membuat keputusan saya akan menyatakannya.

“Buat masa ini, saya perlu mengambil masa dan mahu membuat keputusan yang terbaik,” katanya kepada Prime Video.

Tahun lalu, Mbappe dmenolak tawaran lumayan keduanya selepas PSG menawarkan kontrak bertempoh lima tahun kepada penyerang muda Perancis itu.

Namun Mbappe, 22, dikatakan telah menolak kontrak itu.

The Parisians tidak mahu membiarkan pemenang piala dunia itu meninggalkan Paris namun kini dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan pemain itu.

Mbappe merupakan penerima gaji termahal ketiga dalam kelab itu selepas Lionel Messi dan Neymar.

Kontrak semasa Mbappe berakhir pada Jun 2022 dan bersedia untuk berhijrah ke Santiago Berbaneu untuk menyertai Real Madrid.

Bagi membolehkan Mbappe menyertai kelab idamannya musim depan, pertamanya kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid perlu mengemukakan bidaan lumayan kepada pemain itu. – MalaysiaGazette