Home Nasional 12 kontena terbakar di Westport 

12 kontena terbakar di Westport 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kontena terbakar di Westport  di Pulau Indah, Klang di sini malam tadi.

Kebakaran dikatakan tercetus sejak pukul 5 petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Noor Azam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melaporkan kebakaran kontena di pelabuhan itu pukul 5.37 petang semalam.

Bertindak atas panggilan itu, pasukan penyelamat dengan lapan jentera pemadam bomba daripada lapan balai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba di Westport pukul 5.55 petang, pemerihatian mendapati kebakaran membabitkan sebanyak lapan unit kontena yang berukuran 8×40 kaki persegi setiap unit yang disusun secara bertingkat setinggi empat tingkat sedang terbakar.

“Kesemua lapan jentera bomba terlibat untuk memadamkan api itu sebelum kebakaran lapan kontena kemudian merebak menjadi 12 kontena terbakar.

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang belum terbakar dilakukan untuk mengelak api mereka ke kontena lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Justeru siasatan mendapati kesemua 12 kontena yang terbakar itu terdiri daripada muatan barang agak sensitif.

“Kesemua kontena terbakar mengandungi alat ganti, peralatan muzik. kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionic, sistem roof mount dan baki empat lagi kontena belum dikenal pasti muatannya.

“Justeru, usaha memadam dan mengawal kebakaran kontena dipergiatkan di Westport dan seramai 11 pegawai kanan bomba berada di lokasi bersama puluhan anggota bomba dalam misi mengawal kebakaran itu,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast