Seorang lelaki yang memakai pelitup muka ketika berjalan di Shanghai, China. foto Reuters

SHANGHAI – Pusat kewangan utama China di Shanghai melanjutkan sekatan ke atas pengangkutan hari ini selepas sehari ujian intensif di seluruh bandar menyaksikan kes baharu Covid-19 melonjak kepada lebih 13,000.

Shanghai telah mengenakan penutupan dua peringkat pada minggu lalu ketika pihak berkuasa bergelut untuk membendung wabak Covid-19 terbesar di bandar tersebut.

Sekatan pada asalnya ditetapkan untuk berakhir hari ini di daerah barat bandar itu, tetapi kini telah dilanjutkan sehingga diberitahu kelak.

Shanghai melaporkan rekod 13,086 kes koronavirus asimtomatik baharu pada 4 April, kata kerajaan bandar melalui saluran WeChat rasminya hari ini, meningkat daripada 8,581 hari sebelumnya, selepas program ujian pengawasan seluruh bandar yang menyaksikan lebih 25 juta orang menjalani ujian saringan dalam tempoh 24 jam .

Kes simptomatik turun semalam kepada 268 berbanding 425 sehari sebelumnya.

Kes jangkitan gejala rasmi kekal jauh lebih rendah daripada seluruh dunia susulan proses pemeriksaan proaktif dijalankan di bandar itu.

Sekurang-kurangnya 38,000 kakitangan telah dikerahkan ke Shanghai dari wilayah lain dalam operasi perubatan terbesar di seluruh negara sejak penutupan Wuhan pada awal 2020.

Pihak berkuasa mengumumkan lewat semalam bahawa sekatan lanjut akan dikenakan ke atas rangkaian pengangkutan bandar mulai hari ini, dengan lebih banyak laluan kereta api bawah tanah digantung.

Sun Chunlan, Naib Perdana Menteri China yang bertanggungjawab terhadap tindak balas Covid-19 berkata, kerja-kerja pencegahan dan kawalan kini berada pada “titik kritikal” dan adalah penting untuk memastikan semua penduduk menjalani saringan.

Ketika orang ramai terus menyatakan kebimbangan mengenai langkah kejam Shanghai, berkongsi video di media sosial, Sun menggesa organisasi Parti akar umbi untuk “melakukan segala yang mungkin” untuk membantu penduduk menyelesaikan masalah mereka.

China melaporkan 1,235 kes koronavirus yang disahkan pada 4 April, turun daripada 1,405 sehari sebelumnya, termasuk 1,173 penularan tempatan.

Jumlah kes asimtomatik baharu berjumlah 15,355, berbanding 11,862 sehari sebelumnya. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast