KPDNHEP enforcers monitoring petrol stations to ensure foreign-registered vehicles do not violate the rules in Johor Bahru by refuelling subsidised petrol. foreign-registered vehicles petrol
KPDNHEP enforcers monitoring petrol stations to ensure foreign-registered vehicles do not violate the rules in Johor Bahru by refuelling subsidised petrol. Anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantaun di stesen minyak bagi memastikan kenderaan plate warga asing tidak melanggar peraturan di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Eheal Pengguna (KPDNHEP) Johor Bahru telah menjalankan pemantauan di stesen minyak sepanjang Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Skudai di sini bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalah guna petrol RON 95.

Menerusi perkongsian melalui kenyataan media di laman rasmi facebook KPDNHEP, sebanyak 15 stesen minyak telah diperiksa bermula dari 9 malam semalam melibatkan pelbagai jenama stesen minyak.

Sikap sesetengah warga Singapura yang tidak bertanggungjawab mengisi minyak RON 95 di sebuah stesen minyak dekat Johor Bahru baru-baru ini.

Selain membuat peringatan kepada pekerja stesen minyak, teguran juga diberikan kepada pemilik kenderaan bernombor pendaftaran negara asing agar tidak membeli RON 95.

“Larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, KPDNHEP Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat termasuk gambar serta lokasi stesen minyak jika mereka terpihat dengan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol RON 95.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-2794317 atau talian bebas tol 1-800-886-800.- MalaysiaGazette