Some dishonest Singaporeans who refuel using the subsidised RON95 raked the rage of Malaysians recently
Some dishonest Singaporeans who refuel using the subsidised RON95 raked the rage of Malaysians recently. Sikap sesetengah warga Singapura yang tidak jujur dengan mengisi minyak RON95 mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin menjadi tumpuan kepada pemandu Singapura untuk ‘melarikan diri’ daripada membayar harga petrol yang tinggi di negara itu.

Ketika ini, harga RON95 di negara jiran yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia itu adalah antara S$2.99 hingga S$3.00 atau kira-kira RM9.32 seliter, menurut beberapa laman web termasuk carsbruh.com.

Nilai tersebut hampir empat kali ganda daripada harga di Malaysia iaitu RM2.05 seliter.

Kerajaan Malaysia memberikan subsidi terhadap RON95 bagi mengekalkan harga tersebut untuk membantu rakyat negara daripada tekanan ekonomi.

Semalam, media Singapura melaporkan, Menteri Perdagangan dan Industri Kedua negara itu, Tan See Leng berkata, setakat ini  tiada bukti wujud pakatan sulit dalam kalangan peruncit petrol dan pergerakan harga pam dalam menentukan perubahan harga minyak mentah.

Pada akhir Mac, harga minyak mentah adalah kira-kira 40 peratus lebih tinggi berbanding Januari, manakala harga petrol secara purata 15 peratus lebih tinggi dan diesel 30 peratus lebih mahal, kata See Leng dalam kenyataan menteri di Parlimen.

Tambah beliau, sekiranya terdapat sebarang bukti tingkah laku anti-persaingan, seperti kenaikan harga yang diselaraskan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas, termasuk denda bagi syarikat yang melakukan kesalahan.

Dengan harga minyak kini berkurangan, harga pam RON95 sepatutnya telah jatuh di bawah S$3.00 seliter pada hari Isnin.

Bagaimanapun harga pam kekal tidak menentu di Singapura dan pemerhati pasaran menjangkakan harga minyak mentah kekal tinggi.

Sementara di Johor, netizen berkongsi sejumlah foto kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura mengisi minyak bersubsidi RON95.

Menurut mereka tindakan tersebut tidak wajar kerana subsidi RON 95 seharusnya dinikmati oleh rakyat Malaysia dan bukannya kenderaan negara asing.

Lebih tidak wajar jika pemandu  Singapura yang memiliki nilai matawang lebih tinggi berbanding ringgit melakukan perbuatan tersebut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast