Projek Ecofirst di Ampang Ukay.

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah EcoFirst Consolidated Bhd (EcoFirst) akan memajukan pembangunan bercampur Ampang Ukay di tanah seluas 87 ekar di Ukay Heights.

Ia merupakan projek tujuh fasa.

Pelan asal projek Ampang itu mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM4 bilion, kata Pengarah Alternatif EcoFirst Datuk Kenneth Teoh Seng Kian.

Menurutnya, syarikat itu bersedia untuk melancarkan pelan induk yang diperbesarkan untuk perbandaran Ampang setelah simpanan tanahnya merupakan penerima manfaat daripada pembangunan Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3).

Bank tanah EcoFirst di Ampang terletak kira-kira 300 meter dari stesen Hill View di dalam rancangan cadangan MRT3.

Tanah ini telah dibeli sedekad yang lalu dan sangat dekat dengan Stesen MRT Hill View yang akan dibina kelak.

EcoFirst adalah peserta hartanah bersaiz sederhana dengan bank tanah utama di Lembah Klang, terutamanya di Ampang, Sungai Besi, Shah Alam dan Damansara Damai.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, EcoFirst telah beralih tumpuannya untuk menjual rumah mampu milik kepada M40 atau kumpulan kelas pertengahan Malaysia berikutan permintaan dalam segmen ini.

Mengulas mengenai pelancaran semula MRT3, Kenneth berkata, secara amnya, hartanah yang terletak berhampiran stesen MRT di Malaysia meningkat nilai susulan ia mudah untuk menghubungkan ke semua hab perniagaan dan hiburan utama di Greater Kuala Lumpur.

”Kami amat berterima kasih atas pembangunan MRT3. Ini adalah pencetus perubahan untuk kami. Sebagai pemaju hartanah, kami juga akan memainkan peranan kami dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi.

”Kami sedang menyemak semula pelan induk kami. Ia akan menjadi lebih komprehensif kerana kami berhasrat untuk
mengubah Ampang menjadi sebuah perbandaran premium yang dicari dan berdikari sepenuhnya. Kami akan mendedahkan pelan induk ini pada suku kedua tahun ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast