PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis meningkatkan kawalan keselamatan sempena perlawanan bola sepak Liga Super 2022 yang akan berlangsung malam ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, seramai 267 anggota akan ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan lalu lintas.

“Penugasan pihak polis melibatkan penugasan kawalan lalulintas dan penugasan keselamatan bermula pukul 8 malam ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Idzam, pemeriksaan akan dilakukan di pintu masuk Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur juga selepas memasukinya.

Tegasnya, penonton tidak dibenarkan membawa masuk mercun, topi keledar, pemetik api, objek tajam atau senjata termasuk minuman keras ke stadium.

“Petugas akan memeriksa badan mahupun beg yang dibawa penonton. Penonton yang tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan memasuki stadium,” tambahnya.

Tambah beliau pihaknya akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya terdapat penonton yang melanggar arahan yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undangundang yang sedia ada.

Liga Super 2022 malam ini akan menyaksikan pertembungan di antara Kuala Lumpur City (KL City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast