Presiden PAPSMA, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid (tengah) bersama Timbalan Presiden PAPSMA, Datuk Kris Foo Yin Choo (kanan) dan Setiasaha Agung PAPSMA, Dr. N. Sukumaran
Presiden PAPSMA, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid (tengah) bersama Timbalan Presiden PAPSMA, Datuk Kris Foo Yin Choo (kanan) dan Setiasaha Agung PAPSMA, Dr. N. Sukumaran.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) akan memastikan ahli-ahlinya akur dengan prosedur pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) pekerja asing dan pembantu rumah Indonesia yang telah digariskan oleh Putrajaya.

Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, langkah itu bagi memastikan bakal majikan mendapat perkhidmatan yang baik daripada agensi pekerja asing dalam mendapatkan pekerja mereka.

“Walaupun ramai majikan di Malaysia yang telah mengalami pengalaman buruk mengenai pembantu rumah Indonesia, kami mahu proses yang lebih licin yang akan digunakan.

“Kami akan menunggu perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia khususnya Jabatan Tenaga Kerja untuk memulakan proses merekrut pekerja asing sementara kami menyediakan perkhidmatan pekerja asing dengan prosedur yang lengkap,” katanya sambil menambah majikan terpaksa menunggu sehingga Jun atau Julai untuk kemasukan pekerja asing Indonesia.

Megat Fairouz berkata demikian mengulas mengenai pemeteraian MoU antara Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bagi Malaysia dan Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah bagi pihak Indonesia pada 1 April lalu.

Sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akhirnya menandatangani MoU PDI itu, Megat Fairouz berkata, ia adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahlinya sejak MoU itu tamat pada 2016.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Presiden Indonesia kerana menyaksikan majlis tandatangan MoU ini pada 1 April 2022, juga terima kasih kepada Saravanan yang merealisasikan MoU yang sudah lama ditunggu-tunggu sejak 2016.

Katanya, Papsma menyokong penuh kemasukan pekerja asing Indonesia dan pembantu rumah asing dari negara itu yang menggunakan satu saluran permohonan digital ke atas pekerja asing dan pembantu rumah Indonesia bagi memastikan kebajikan dan keselamatan setiap mereka khususnya dalam bidang pembantu rumah,” tambahnya. – MalaysiaGazette