Rakyat Malaysia diingatkan tidak melanggar SOP Kesihatan Awam melibatkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan betul. Gambar hiasan

POLIGIMIK-poligimik bersifat politik yang cuba dimainkan beberapa pihak berkaitan isu pelitup muka dan akuan sirim adalah jelas bermotifkan kepentingan politik yang cuba mengelirukan rakyat semata-mata lebih-lebih lagi pada fasa peralihan ke endemik yang kini sedang berkuatkuasa.

Serangan bermotifk untuk mengelirukan rakyat tersebut jelas adalah untuk memancing emosi dan amarah rakyat semata-mata. Sedangkan rakyat pada hari ini lebih celik, bijak dan cakna dalam menapis dan menyaring maklumat-maklumat yang diterima mereka.

Namun kerajaan yang menggalas naratif “Keluarga Malaysia” jelas lebih peka akan suara-suara rakyat pada hari ini, sehingga memutuskan untuk menangguhkan “Penguatkuasaan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan” ke 01-JANUARI-2023.

Sepeka itu lah kerajaan pada hari ini akan suara-suara rakyat yang merupakan keutamaan dan kepentingan terbesar kerajaan pimpinan DSIS hari ini.

Isu pewartaan penggunaan tersebut bukan hanya berlaku ke atas pelitup muka semata-mata, namun turut merangkumi pelbagai barangan dan produk-produk harian yang sering digunakan oleh rakyat negara ini seperti rokok elektronik, tayar pnuematik kereta, pelapik brek gantian kereta dan lain-lain.

Kesemua tindakan pewartaan ini adalah bertujuan untuk menjaga rakyat negara ini semata-mata tanpa melibatkan kepentingan peribadi dan politik.

Malah tindakan saman juga hanya akan dikenakan kepada pengilang/syarikat dan pembekal semata-mata bila mana ianya telah dikuat-kuasakan.

Rakyat tidak akan disaman secara semborono sebagaimana naratif yang dimainkan oleh pihak yang bertentangan, namun yang jelas dan nyata ialah rakyat negara ini akan terus menerus di jaga dan terjaga dengan pelbagai pembaharuan polisi yang lebih bersifat efektif dan efisien.

Mengapa ianya tidak dikuat-kuasakan lebih awal ?

Jawapan yang tepat ialah, kerana keadaan kerajaan yang tidak stabil sehingga mengakibatkan pertukaran kerajaan sehingga beberapa kali. Namun, di bawah aspirasi “KELUARGA MALAYSIA”, kerajaan ingin lebih bersiap sedia menghadapi sebarang situasi luar jangka yang mungkin akan berlaku di masa hadapan.

Demikian lah rasional dan kewajaran tindakan serta pelaksaan polisi yang bakal dikuat-kuasakan pada 01.Januari.2023 kelak.

Kerajaan ini akan kekal telus dan terus menerus menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia disamping menjadi sebuah kerajaan yang peka terhadap suara-suara jelata.

Mohd Amir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast