The dead body of a four-month-old baby was found in the garbage disposal area of a Condominum at Bandar Baru Klang yesterday. PIX: Courtesy of Klang Utara IPD
The dead body of a four-month-old baby was found in the garbage disposal area of a Condominum at Bandar Baru Klang yesterday. PIX: Courtesy of Klang Utara IPD Bayi lelaki berusia 4 bulan ditemui dengan disaluti kain dalam keadaan tidak bernyawa di tempat pembuangan sampah sebuah Kondominium Bandar Baru Klang semalam. Ihsan foto: IPD Klang Utara

KUALA LUMPUR – Seorang penghuni sebuah kondominium terkejut selepas menemui mayat seorang bayi di hadapan tempat pembuangan sampah kawasan kediamannya di Bandar Baru Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, bilik gerakan menerima panggilan daripada lelaki itu pada jam 3.05 petang mengenai penemuan tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bayi tersebut mendapati sudah tidak bernyawa dan bayi berusia anggaran empat bulan itu didapati meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, bertindak di atas maklumat, polis melancarkan operasi mengesan suspek yang bertanggungjawab membuang bayi dibaluti kain itu.

Menurut Vijaya, polis menahan seorang perempuan warga asing dan teman lelakinyawarga tempatan  di sekitar tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang.

“Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 40-an dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan

“Kedua-dua pasangan kekasih itu akan diheret ke mahkamah Klang pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi meneruskan dan melengkapkan siasatan ke atas mereka dalam insiden buang bayi tersebut,” ujarnya- MalaysiaGazette