Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini tegas mahu Akta Anti Lompat Parti diluluskan di Parlimen.

KUALA LUMPUR – Pembangkang mengulangi pendirian tegas mereka bahawa syarat utama dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) adalah meluluskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di Parlimen.

Keputusan itu dijelaskan dalam kenyataan bersama pimpinan kanan Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) hari ini yang menegaskan, mereka tidak akan berkompromi sama sekali dalam perkara itu.

MPPH menyatakan, mereka memahami keperluan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi punca kuasa menggubal Akta Anti Lompat Parti.

“Justeru, Pakatan Harapan (PH) akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen Isnin ini.

“Namun, syarat utama ialah draf RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan dan perkara ini telah ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MOU yang telah bermesyuarat semalam.

“Ketua Pembangkang juga telah menyampaikan pendirian PH ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) semalam,” kata kenyataan itu kepada media.

Pimpinan kanan MPPH ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; dan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Dalam kenyataan itu juga, MPPH menggesa Perdana Menteri menyatakan komitmen bahawa RUU Anti Lompat Parti itu akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat.

“Manakala tarikh Sidang Khas kedua ini perlu ditetap dan diumumkan di Parlimen pada 11 April ini.

“Kami turut menggesa menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan Isnin ini menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam sidang khas kedua nanti.

“Kita percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. pakatan HANCING dan PUNAH HARAPAN…..janji manifesto untuk bentangkan tapi dalam 22 bulan lebih meratib bila nak jadi pm ANWARFIKUN malah lebih banyaK isu sensitif agama ISLAM wujud masa 22 bulan
    khalid samad mujahid hanifa maidin mahfuz omar matsaburabut rafizi wan azizah dr zulkifly Salahudin terliur nikmat kencing mengencing….bila hilang kuasa semua nak jadi HERO TAMIL

Comments are closed.