Para karyawan, pencinta seni dan penguasaha kraf yang menghasilkan koleksi pelitup muka fabrik tidak perlu gusar dengan pengumuman kerajaan berhubung adanya perancangan untuk mewajibkan bahan itu diperakukan dan mendapat cop MS SIRIM.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan beliau maklum dengan kegusaran oleh komuniti karyawan selepas pengumuman itu namun memberi jaminan pihaknya akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan KPDNHEP terlebih dahulu.