Tiga lelaki dicekup disyaki terlibat rusuhan dan khianat pecah cermin kereta tepi jalan di Sri Petalingpada Isnin. lalu. - Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang buruh binaan Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kejadian di Pantai Sepat, Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berlaku pada pukul 5 petang di Jalan Pantai Sepat berdekatan Masjid Pantai Sepat.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu dari arah Pantai Sepat hendak menghala ke Bandar Kuantan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, ketika pemandu sedang bergerak lurus, tiba-tiba datang penunggang dan pembonceng motosikal dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu bertembung dari arah hadapan.

Mayat mangsa mangsa, Htawng Lum Lalaw, 39 tahun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian penunggang yang tiada lesen memandu dan gagal mengawal kenderaan.

Wan Mohd Zahari berkata, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette