Benjamin Mora (baju hitam).

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim( JDT), Benjamin Mora tidak mendabik dada selepas pasukannya berjaya meraih tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Sebaliknya, dia memberikan pujian kepada lawan yang telah berikan persembahan cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan.

Namun, dia gembira kerana JDT masih berupaya meraih tiga mata penuh dan terus melebarkan cengkaman di tangga teratas Liga Super.

“Saya tidak boleh berbohong yang Terengganu merupakan sebuah pasukan yang mantap dan punyai ramai pemain baik selain kekuatan di bahagian tengah.

“Mereka juga begitu baik semasa situasi memegang bola malah sering kali dapat mencari kombinasi yang dimahukan selain penyerang, Kpah Sherman cukup kuat serta berbahaya.

Arif Aiman (kiri).

“Pujian kepada jurulatih Nafuzi Zain dan saya hormat kepada pasukan yang mahu bermain bola sepak dan tidak membuang masa dalam permainan.

“Mereka melawan dengan penuh bermaruah dan kalah 1-2 ,mereka sangat hampir untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini dan tuah menjadi milik kami.

“Sherman tidak bernasib baik kerana terdapat dua situasi untuk menjaringkan gol selain kami berjaya berada di situ untuk berikan tekanan, di akhirnya kami tahu bagaimana mahu dapatkan tiga mata,” katanya.

Dalam perlawanan itu, JDT yang mendahului dengan jaringan Bergson da Silva pada minit ketujuh dikejutkan dengan gol penyamaan Kpah Sherman,minit 31.

Namun, JDT hanya mengambil dua minit sahaja bagi kembali berada di depan,sekali lagi menerusi Bergson yang menanduk bola hantaran lintang dari Arif Aiman. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast